Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Kami mengumpul data peribadi anda, termasuk nama, maklumat perhubungan anda dan segala maklumat yang terletak melalui borang permohonan distributor yang terletak di laman web ini dan borang-borang lain yang diperuntukkan dari semasa ke semasa. Kami mengumpul dan memproseskan data peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda, untuk bertindak balas kepada pertanyaan anda,
untuk memberikan maklumat kepada anda, untuk melaksanakan obligasi kontrak kami, mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dan semua perkara yang berkaitan dengan perniagaan ini ("Tujuan"). Selain kakitangan kami, kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan pihak-pihak ketiga termasuk tanpa had jabatan kerajaan, pembekal-pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan kami untuk membolehkan kami beroperasi berkaitan dengan Tujuan seperti yang dinyatakan di atas.
Anda tidak diwajibkan memberikan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak memberikan semua maklumat yang diperlukan, kami tidak boleh menyediakan perkhidmatan yang diperlukan. Anda mempunyai hak untuk meminta salinan apa-apa maklumat peribadi tentang anda yang kami simpan, dan meminta ia diperbetulkan jika anda berfikir ia adalah salah. Jika anda ingin meminta salinan maklumat anda, atau ingin membuat permbetulan, sila hubungi kami melalui cara-cara berikut:
|