Syarat Penggunaan Laman Web


Dengan mengakses dan menggunakan laman web [www.bioxyne.com.my] ('Laman Web') yang dikendalikan oleh Bioxyne International Malaysia Sdn Bhd ('Bioxyne'), anda dengan ini bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut seperti yang dinyatakan di sini ('Syarat Penggunaan'). Sila baca dengan teliti. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Syarat Penggunaan, jangan terus mengakses Laman Web dan hentikan penggunaan dengan segera.

Mengakses Laman Web
Anda mengakui bahawa anda mengakses Laman Web dengan risiko anda sendiri. Bioxyne tidak mewakili atau menjamin bahawa mana-mana bahagian Laman Web akan sesuai untuk sebarang tujuan. Bioxyne menyediakan laman web ini secara 'sebagaimana adanya' dan tidak membuat perwakilan atau jaminan berkenaan Laman Web ini atau kandungannya dan menafikan semua representasi dan jaminan tersebut. Tanpa mengehadkan perkara terdahulu dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bioxyne mengecualikan semua liabiliti yang mana Bioxyne mungkin tertimnbul daripada: (i) apa-apa ketidaktepatan teknikal, fakta, teks atau tipografi, kesilapan atau ketinggalan di atau berkaitan dengan Laman Web atau mana-mana maklumat di Laman Web; (ii) ketiadaan Laman Web (atau mana-mana bahagiannya); dan (iii) sebarang salah nyataan atau berkaitan dengan Laman Web. Anda dengan ini mengesahkan jika anda tidak bergantung kepada apa-apa maklumat sedemikian. Bioxyne mengecualikan semua syarat, waranti dan syarat lain yang mungkin tersirat oleh undang-undang ke dalam Syarat Penggunaan ini.

Pautan ke laman web lain
Anda mengakui bahawa Laman Web mungkin mengandungi iklan dan pautan tertentu, termasuk pautan hiperteks, yang mungkin membawa anda ke luar Laman Web. Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja dan kemasukan sebarang iklan atau pautan tidak menandakan pengesahan atau kelulusan oleh Bioxyne dari sebarang produk atau perkhidmatan yang ditetapkan pada iklan, laman web yang dipautkan, pengendali atau kandungannya. Bioxyne tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman web di luar Laman Web.

Penggunaan yang dilarang
Anda bersetuju bahawa anda hanya akan menggunakan Laman Web untuk tujuan perniagaan dalaman anda sendiri dan tidak akan mengeksploitasi mana-mana kandungannya untuk sebarang tujuan komersil. Selain daripada itu, kegunaan pada Laman Web adalah dilarang secara nyata dan anda berjanji untuk tidak melakukan (atau membenarkan orang lain melakukan) mana-mana yang berikut:

  1. menyalin atau mengubah atau mengubah suai atau dengan cara lain mengganggu Laman Web atau mana-mana bahagian kandungan atau perkhidmatannya tanpa kebenaran bertulis daripada Bioxyne. Anda tidak akan mengubah, menghapus atau mengganggu sebarang tanda dagangan, menjejaskan keterlibatan atau kesahihan muhibah Bioxyne atau menggunakan tanda niaga Bioxyne untuk menyebabkan kekeliruan atau penipuan.
  2. cuba mengelak keselamatan atau rangkaian Bioxyne;
  3. menggunakan Laman Web untuk tujuan penipuan, berbahaya atau menyalahi undang undang;
  4. mengakses Laman Web untuk, atau melakukan apa-apa tindakan yang akan atau tidak, mengenakan beban besar yang tidak munasabah atau tidak seimbang pada infrastruktur Bioxyne;
  5. memasukkan e-mel yang berniat jahat, termasuk membanjiri Laman Web dengan e-mel yang sangat besar atau banyak;
  6. terlibat dalam apa-apa kelakuan yang menyekat atau menghalang mana-mana pelanggan daripada menggunakan atau melayari Laman Web dengan betul;
  7. mengubahsuai, menyesuaikan, menterjemah, meyongsangkan, menyusun, menyebarkan, menyalin, mengedar, menghantar, memaparkan, melaksanakan, mengeluarkan, menerbitkan atau melesen mana-mana bahagian Laman Web, termasuk tanpa batasan sebarang perisian, Laman Web;
  8. membuat atau membentuk dengan melampirkan mana-mana maklumat kepunyaan Bioxyne (termasuk imej, teks, susun atur halaman atau bentuk) tanpa kebenaran persetujuan dari Bioxyne;
  9. menggunakan sebarang tag meta atau 'teks yang tersembunyi' dan menggunakan maklumat kepunyaan Bioxyne tanpa persetujuan nyata dari Bioxyne;
  10. menggunakan apa jua cara automatik untuk pertanyaan, akses atau menyalin apa-apa bahan di Laman Web atau menjana atau menyusun apa-apa dokumen atau pangkalan data berdasarkan bahan yang diterbitkan di Laman Web;
  11. mengalih keluar sebarang hak cipta, tanda dagang atau notis hak kepunyaan dari Laman Web atau bahan yang berasal dari Laman Web;
  12. memberi kuasa, membantu, menggalakkan atau menghasut mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan di atas;
  13. melanggar mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan dan / atau hak pihak ketiga;
  14. mengusik atau mengganggu operasi Laman Web dan / atau server atau rangkaian yang digunakan untuk menjadikan Laman Web tersedia; atau melanggar mana-mana kehendak, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian sedemikian;
  15. membuat pangkalan data dengan memuat turun atau menyimpan kandungan Laman Web secara sistematik;
  16. menggunakan mana-mana robot, tanpa perakuan pemilik data, pengikis atau lain-lain cara automatik yang boleh mengakses Laman Web untuk sebarang tujuan.

Hak harta Intelek
Semua hak harta intelek (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, paten dan tanda dagang) dalam kandungan, reka bentuk, teks, grafik dan bahan lain di Laman Web hak milik Bioxyne. Anda tidak boleh menghasilkan semula sebarang bentuk bahan menggunakan hak harta intelektual Bioxyne melainkan anda memperoleh persetujuan bertulis dari Bioxyne.

Liabiliti
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bioxyne tidak akan bertanggungjawab kepada anda berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan (termasuk kerugian atau kerosakan yang berbangkit) yang mungkin dialami atau ditanggung atau yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung berkenaan dengan penggunaan Laman Web anda. Sekiranya pengecualian yang terkandung dalam Syarat Penggunaan ini akan dianggap tidak sah atau untuk sebarang sebab Bioxyne bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang boleh dibatasi secara sah, liabiliti maksimum Bioxyne kepada anda adalah terhad kepada RM100.

Anda selanjutnya menjamin bahawa anda tidak bergantung pada apa-apa perwakilan yang dibuat oleh Bioxyne yang telah dinyatakan di Laman Web atau atas sebarang keterangan, ilustrasi atau spesifikasi yang terkandung dalam mana-mana dokumen yang dihasilkan oleh Bioxyne.

Pampasan
Anda akan sentiasa menanggung rugi Bioxyne dan pegawai, pekerja dan agennya terhadap apa-apa kerugian (termasuk kos dan perbelanjaan undang-undang yang munasabah) atau liabiliti yang semunasabahnya ditanggung atau dialami oleh mana-mana yang ditanggung rugi di mana kerugian sedemikian atau liabiliti disebabkan oleh: (a) pelanggaran oleh anda di bawah Syarat Penggunaan ini;

Penamatan
Bioxyne boleh menggantung atau menamatkan penggunaan Laman Web jika anda melanggar mana-mana terma berkenaan dengan Syarat Penggunaan ini. Sebagai tambahan kepada yang tersebut di atas, Bioxyne akan dianggap dan dilepaskan daripada sebarang kewajipan lanjut di bawah Syarat Penggunaan ini; dan mempunyai hak untuk meneruskan apa-apa remedi tambahan atau alternatif yang disediakan oleh undang-undang.

Force Majeure
Bioxyne tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawabnya menurut Syarat Penggunaan ini jika kelewatan itu disebabkan oleh keadaan di luar kawalan Bioxyne yang munasabah.

Penyerahan
Bioxyne boleh menyerah hak-haknya di Syarat Penggunaan ini atau mana-mana bahagiannya, dan boleh menyerahkan kewajipannya di bawah Syarat Penggunaan ini.

Pengecualian
Apa-apa kegagalan oleh Bioxyne untuk menguatkuasakan Syarat Penggunaan ini atau mana-mana bahagiannya tidak akan mengecualikan hak Bioxyne untuk berbuat demikian.

Perubahan
Bioxyne berhak pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda untuk menyemak semula kandungan Syarat Penggunaan ini. Apa-apa perubahan kepada terma-Syarat Penggunaan ini akan diposkan di Laman Web dan dengan terus mengakses dan menggunakan Laman Web, anda dengan ini bersetuju untuk terikat dengan Syarat Penggunaan yang diubahsuai. Anda juga mengakui bahawa Bioxyne mempunyai hak untuk mengubah atau menghentikan sebarang perkhidmatan atau kandungannya di Laman Web tanpa memberi notis kepada anda.

Hak Bioxyne
Sebarang kenyataan nyata mengenai hak Bioxyne di bawah Syarat Penggunaan ini tidak menjejaskan hak lain Bioxyne yang dinyatakan secara nyata dalam Syarat Penggunaan atau yang timbul daripada undang-undang.

Kebolehasingan
Jika ada mana-mana peruntukan Syarat Penggunaan ini dianggap tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang atas apa-apa sebab, Terma dan Penggunaan ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya selain peruntukan yang akan disifatkan terpadam.

Undang-undang Pentadbiran
Syarat Penggunaan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan, untuk tujuan ini, sekiranya berlaku sebarang pertikaian, anda dengan ini bersetuju untuk tunduk terhadap kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Bahasa yang digunapakai
Syarat Pengunaan ini telah disediakan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.