Boost Your Health & Grow Your Wealth



Bioxyne International



Bioxyne International merupakan sebuah syarikat yang berasaskan Penyelidikan & Pembangunan selama 15 tahun di bawah Bioxyne Ltd, sebuah syarikat tersenarai di Australia (ASX Kod: BXN) yang memulakan perniagaannya pada tahun 1998. Ibu pejabat global Bioxyne International terletak di kawasan penyelidikan tenusu terkenal di dunia iaitu di Waikato, New Zealand.

Bioxyne International sedang membangunkan pelbagai makanan berfungsi dan produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan sumber eksklusif dari New Zealand oleh pakar-pakar saintis kami. Bioxyne International menyediakan peluang baru untuk berhubung dengan pengguna global yang sedang berkembang pesat di mana tumpuan diberikan untuk meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan.

Di Bioxyne International anda berpeluang untuk meningkatkan pendapatan melalui perniagaan dari segi kewangan serta meningkatkan kesihatan anda, rakan dan keluarga tersayang. Kami telah membina perniagaan berdasarkan kandungan dan bahan mentah yang unggul dari New Zealand.

Visi kami adalah untuk memberi impak yang positif ke atas kesihatan rakyat di samping memberi peluang untuk mewujudkan kebebasan kewangan untuk diri dan keluarga.

"Misi Kami adalah untuk Membawa Sains ke arah Kesejahteraan."

Bioxyne Ltd.



Bioxyne Ltd. di Australia (ASX Kod: BXN) telah memulakan perniagaannya pada tahun 1998. Bioxyne Ltd. merupakan sebuah syarikat yang berasaskan sains kehidupan, kesihatan dan produk kecantikan, di mana produk kesihatan kami telah dijual di seluruh dunia selama lebih 15 tahun. Produk kami di buat di Australia dan New Zealand menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bahan-bahan mentah yang terbaik.

Melalui pengambilalihan baru-baru ini di New Zealand (April 2017), kini Bioxyne Ltd. berdagang sebagai Bioxyne International. Saluran kami untuk pemasaran adalah melalui Jualan Langsung. Ini menawarkan peluang terbaik untuk menerangkan produk Bioxyne serta memahami keperluan pelanggan kami. Bioxyne Ltd. sedang membangunkan pelbagai makanan berfungsi serta produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan sumber semula jadi secara eksklusif dari New Zealand, untuk saluran jualan langsung kami.

Bioxyne Ltd. merupakan salah satu entiti yang memiliki probiotik yang dipatenkan iaitu bacterium Lactobacillus fermentum VRI-003 (PCC®). Probiotik ini dibangunkan di Australia dan telah diuji secara klinikal.

Perniagaan probiotik Bioxyne dan proprietari PCC® yang dipatentkan, disokong oleh Perjanjian Pembuatan dan Pengedaran dengan Chr. Hansen (Denmark), salah satu syarikat global yang utama dalam pembuatan bahan makanan tambahan yang semulajadi serta produk makanan tambahan untuk makanan, kesihatan manusia, farmaseutikal dan industri pertanian.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan